Compound Bow

compound-bow-specs

Busur kompaun (compound bow) diklasifikasikan kepada dua sub-kategori, iaitu busur kompaun berburu (hunting compound bow) dan busur kompaun sasaran (target compound bow). Tiada perbezaan ketara antara keduanya melainkan pada aksesori, corak dan warna kemasan luaran. Pun begitu, busur kompaun sasaran dikatakan mempunyai prestasi lebih tinggi, lebih ringan dan lebih mahal, dan banyak digunakan di dalam pertandingan. Pembuatan busur adalah dari logam aloi magnesium (lebih ringan) atau aloi aluminum (lebih murah) dan lain -lain logam.

Kedua-dua sub-kategori ini menggunakan gandingan alat pengintai dan pemandang (sight & peep) untuk membidik sasaran, yang selalunya turut dilengkapi dengan kit pelepas (release kit) untuk menghapuskan ralat dan menjamin ketepatan maksimum.

Busur kompaun (compound bow) menggunakan sistem takal untuk mengurangkan beban tarikan secara mekanikal semasa membidik sasaran, ia boleh menghasilkan kelegaan (let off) antara 75-80% kepada beban tarikan busur. Secara ringkas, untuk busur seberat 50lbs, beban tarikan hanya tinggal sekitar 10-13lbs semasa kedudukan tarikan penuh (full draw), untuk membolehkan penjimatan tenaga, lanjutan masa serta lebih tumpuan diberikan untuk membidik sasaran. Aplikasi kejuruteraan yang tinggi memastikan pemindahan tenaga kinetik dari lenturan lengan busur dan regangan tali sehingga anak panah dilepaskan adalah sangat efektif sehingga menghasilkan kelajuan panah yang tinggi dan hanya mengeluarkan sedikit bunyi.

Rekabentuk busur adalah panahan-lurus (straight-shot), iaitu mempunyai keluk pada busur untuk tempat menyangga anak panah dan sebagai jendela laluan ke sasaran, pada satu satah dengan daya tujahan busur.

Kelebihan:

  • Kelajuan panahan, jarak efektif dan ketepatan busur sangat tinggi berbanding busur-busur lain.
  • Mudah dipelajari dan dikuasai dalam masa yang singkat.
  • Satu-satunya busur yang sesuai untuk mempertahankan diri dan rumah kediaman, kerana tali/kabel busur dalam keadaan terpasang dan tidak perlu ditanggalkan selepas memanah.
  • Kebanyakan busur kompaun mempunyai julat beban tarikan boleh laras, berbanding busur jenis lain dengan beban tarikan yang tetap, atau perlu ditukar lengan yang lain untuk menambah atau mengurangkan berat tarikan.
  • Busur kompaun juga mempunyai julat panjang tarikan (draw length) boleh laras, untuk menyesuaikannya dengan fizikal pengguna yang berbeza.

Kekurangan:

  • Sistem mekanikal busur yang rumit memerlukan penjagaan yang teliti dan cenderung untuk rosak tanpa penggunaan yang betul.
  • Prestasi sebenar busur hanya boleh dicapai dengan aksesori lengkap (rest, sight, peep, release, stabilizer), kombinasi anak panah yang sesuai dan penjajaran yang optimum.
  • Harga busur, aksesori dan komponen gantian adalah mahal.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s